Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KURSUS PEMERKASAAN ORGANISASI JABATAN ALAM SEKITAR
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Jabatan Alam Sekitar
- Lokasi
- TADOM HILL RESORT, BANTING, SELANGOR
Penerangan
Kursus Pemerkasaan Organisasi Jabatan Alam Sekitar Tahun 2024 telah diadakan pada 23 hingga 25 Julai 2024 bertempat di Tadom Hill Resort, Banting, Selangor.
Kursus anjuran Seksyen Sumber Manusia, Jabatan Alam Sekitar ini dikendalikan oleh Tadom Hill Resort dan telah melibatkan seramai 44 orang pegawai dan kakitangan JAS seluruh Malaysia.
Kursus selama 3 hari 2 malam ini disediakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta dari gred 11 hingga 29 untuk memahami langkah membudayakan kerja berpasukan bagi mencapai matlamat organisasi. Kursus ini juga menekankan tentang pembudayaan semangat bekerjasama dan membina budaya kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi cemerlang terutama bagi pegawai lantikan baru dan pegawai yang baru bertukar masuk ke Jabatan Alam Sekitar.
Dengan memahami sikap, cara berkomunikasi akan membantu para peserta untuk menjadi pegawai yang memiliki komitmen yang tinggi dan memupuk semangat kerja berpasukan.