PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan,— Sesi Libat Urus

OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) BAHAGIAN TRAFIK IPD DAERAH ALOR GAJAH DAN POLIS PERONDA LEBUH RAYA

nursyuhada 18/09/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) BAHAGIAN TRAFIK IPD DAERAH ALOR GAJAH DAN POLIS PERONDA LEBUH RAYA
Tahun
2024
Organisasi
JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI MELAKA
Lokasi
Tol Simpang Ampat, Alor Gajah , Melaka

Penerangan

12 September 2024, - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan Ops Gerak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bahagian Trafik, IPD Alor Gajah bertempat di Tol Simpang Ampat, Alor Gajah , Melaka. Operasi ini melibatkan seramai empat (4) anggota daripada Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Melaka dan lapan (8) anggota peronda PDRM yang telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan pelepasan kenderaan berenjin diesel. Sebanyak Lima Puluh Empat (54) kenderaan telah diperiksa dan diuji. Daripada jumlah tersebut, sebanyak tiga (3) syor tawaran kompaun, empat (4) notis arahan dan dua (dua) perintah larangan bawah Seksyen 48A, AKAS telah dikeluarkan. Orang ramai diminta untuk membantu Jabatan Alam Sekitar dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan