PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Mesyuarat

FOCUS GROUP DISCUSSION BAGI PENAMBAHBAIKAN PEMAKAIAN “ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT GUIDELINES FOR DEVELOPMENT IN SLOPE AND HILL AREAS” ANJURAN BAHAGIAN PENILAIAN, JABATAN ALAM SEKITAR IBU PEJABAT

rosmina 18/09/2024 7 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
FOCUS GROUP DISCUSSION BAGI PENAMBAHBAIKAN PEMAKAIAN “ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT GUIDELINES FOR DEVELOPMENT IN SLOPE AND HILL AREAS” ANJURAN BAHAGIAN PENILAIAN, JABATAN ALAM SEKITAR IBU PEJABAT
Tahun
2024
Organisasi
JAS IBU PEJABAT PUTRAJAYA
Lokasi
BAHAGIAN PENILAIAN

Penerangan

10 SEPTEMBER 2024, PUTRAJAYA - Bahagian Penilaian, JAS Ibu Pejabat telah menganjurkan sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi Penambahbaikan Pemakaian “Environmental Impact Assessment Guidelines For Development In Slope And Hill Areas” bertempat di Bilik Mesyuarat Kenanga, JAS Ibu Pejabat. Sesi FGD ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Hajah Rohimah binti Ayub, Pengarah Bahagian Penilaian dan turut dihadiri oleh wakil daripada agensi teknikal di peringkat Persekutuan dan Negeri seperti Bahagian Pengurusan Alam Sekitar NRES, PLANMalaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pertanian, Jabatan Kerajaan Tempatan, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Sesi FGD ini juga dilaksanakan secara bersasar bagi memperincikan pindaan kepada Garis Panduan EIA yang melibatkan pembangunan di kawasan cerun supaya pemakaian Garis Panduan tersebut adalah lebih komprehensif dan selaras dengan polisi terkini. Semua wakil Jabatan telah memberikan input yang berkaitan di bawah bidang kuasa agensi masing-masing. Diharapkan agar pelaksanaan FGD mencapai objektif yang ditetapkan sekaligus dapat membentuk kerjasama erat di antara semua agensi yang terlibat. #NRES #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #bahagianpenilaian

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan