Penerangan
6 Ogos 2024 - Satu lawatan tapak bagi cadangan pembangunan yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 telah diadakan. Lokasi tapak projek adalah Hutan Simpan Gunung Stong, Gua Musang, Kelantan Darul Naim.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan isu-isu berkaitan cadangan projek di atas tapak yang dicadangkan dan mengesahkan maklumat-maklumat yang dinyatakan dalam bidang rujukan yang telah dikemukakan oleh Jururunding EIA.
Lawatan ini telah dihadiri oleh wakil JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri Kelantan, JAS Cawangan Gua Musang, Penggerak Projek dan Jururunding EIA.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#BahagianPenilaian
#AlamSekitarTanggungjawabBersama