Oleh nursyuhada · 18/09/2024 · 1 paparan
11 SEPTEMBER 2024, MELAKA - Satu (1) seminar berkaitan pengurusan kualiti udara bersih telah diadakan di Parkroyal, A’famosa Melaka Resort pada 10 September 2024 anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KESMA), JAS Melaka. Program ini diadakan bersempena Sambutan Hari Ozon Sedunia peringkat Negeri Melaka 2024. Seramai 212 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pihak industri telah menyertai program seminar ini. Antara tajuk-tajuk pembentangan yang telah disampaikan semasa seminar tersebut adalah seperti berikut : 1. Pemantapan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan status pematuhan premis di Negeri Melaka disampaikan oleh Encik Mohd Suhaimi bin Azmi, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan), JAS Melaka 2. Pematuhan Kualiti Udara di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal) 2003 dan (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 oleh Puan Rohaiza binti Ab Aziz, Penolong Pegawai Kawalan Kanan, JAS Melaka (Cawangan Taboh Naning) 3. Konsep Performance Monitoring dan Penyelenggaraan Rekod bagi Sistem Kawalan Pencemaran Udara oleh Encik Md Fairuz bin Md Salleh, Penolong Pegawai Kawalan Kanan, JAS Melaka 4. Pematuhan Kualiti Udara di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Refrigeran) 2020 oleh Encik Wan Asrizu bin Wan Abdul Rashid, Penolong Pegawai Kawalan Kanan, JAS Ibu Pejabat 5. Taklimat berkaitan AKAS 1974 (Pindaan 2024) oleh Puan Elbyta Rozana binti Mohd Hatta, Pegawai Kawalan Kanan, JAS Melaka Jabatan ini berharap seminar yang telah dianjurkan ini dapat dihayati oleh semua pihak yang berkaitan khususnya kepada pihak industri termasuk kepada orang berwibawa yang mengawalselia kelengkapan kawalan pencemaran udara bagi mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 khususnya merujuk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup