PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN PEMATUHAN PREMIS FABRIKASI LOGAM

nasir.ibrahim 11/09/2024 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN PEMATUHAN PREMIS FABRIKASI LOGAM
Tahun
2024
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
Kawasan Perindustrian Gelang Patah

Penerangan

4 SEPTEMBER 2024, JOHOR BAHRU – Pasukan Penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Industri (JB Tengah), Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang menjalankan aktiviti fabrikasi logam di Kawasan Perindustrian Gelang Patah. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Arahan di lapangan telah dikeluarkan kepada pihak industri bagi mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Pihak industri diingatkan supaya sentiasa memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan