PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Peralatan Teknikal

PEMERIKSAAN VERIFIKASI ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA

nasir.ibrahim 11/09/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA
Tahun
2024
Organisasi
JAS JOHOR
Lokasi
Kawasan Perindustrian Johor Bahru

Penerangan

4 SEPTEMBER 2024, JOHOR BAHRU - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti blasting and coating di Kawasan Perindustrian Johor Bahru berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 bagi dua (2) unit penapis beg dan empat (4) unit cerobong. Hasil pemeriksaan verifikasi dilapangan mendapati sebahagian peralatan pemantauan prestasi bagi beg penapis tidak dipasang. Peralatan pemantauan prestasi yang telah dipasang tidak dilabelkan dan terdapat keraguan terhadap data - data yang dikemukakan di dalam dokumen perisytiharan bertulis. Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan penambahbaikan pada peralatan dan rekod pemantauan prestasi, 'as built drawing' dan laporan bergambar bagi kesemua sistem.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan