Penerangan
27 OGOS 2024, WP KUALA LUMPUR- Unit Pengawasan dan Kesedaran Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menjalankan program pengawasan dan pemantauan di Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Manual 2WKLG006 bagi mengenalpasti status kualiti air sungai semasa susulan aduan yang telah diterima.
Pengujian Analisis Insitu bagi sungai ini dijalankan menggunakan YSI ProDSS Multiparameter Water Quality Meter bagi membuat pengukuran beberapa parameter seperti dissolved oxygen (optical), total algae, turbidity, pH, conductivity, specific conductance, salinity, Total Dissolved Solids (TDS), resistivity, Total Suspended Solids (TSS), depth (optional) dan temperature. Alat ini turut dilengkapi dengan sistem koordinat GPS. Sebanyak tiga (3) sampel air sungai telah turut diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.
JASWPKL ingin mengingatkan kepada semua pengusaha perniagaan untuk sentiasa bersama-sama memelihara kualiti air sungai supaya terus terjaga dan terpelihara dari sebarang pencemaran.