Penerangan
3 SEPTEMBER 2024, AYER KEROH - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan satu (1) sesi taklimat berkaitan Akta Kualiti Alam Sekeliling, AKAS (Pindaan) 2024, Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Keterangan pada 29 Ogos 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 19, JAS Negeri Melaka yang turut dihadiri oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka.
Taklimat berkenaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 telah disampaikan oleh Puan Rojiah Abu Bakar daripada Seksyen Perundangan dan Forensik Alam Sekitar JAS Ibu Pejabat, Manakala taklimat berkaitan Akta Keterangan dan Kanun Tatacara Jenayah yang melibatkan prosedur reman, waran serta pelupusan barang kes pula telah disampaikan oleh Puan Siti Hasyimah Sahari, Pegawai Pendakwa Jabatan Alam sekitar Negeri Johor.
Taklimat yang telah dianjurkan tersebut bertujuan meningkatkan lagi kefahaman dan kecekapan pegawai penguatkuasa JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan ke atas pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama