Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM KESEDARAN DAN PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM JELAJAH INSOLVENSI 2024 ANJURAN MAJLIS JABATAN INSOLVENSI
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- Jabatan Insolvensi Malaysia
- Lokasi
- PPR DESA REJANG, KUALA LUMPUR.
Penerangan
21 JULAI 2024, KUALA LUMPUR- Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(JASWPKL) telah dijemput untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar dalam Program
Jelajah Insolvensi 2024 anjuran Jabatan Insolvensi Malaysia. Program ini turut dihadiri YB. Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES) merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa.
Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh JASWPKL semasa program ini ialah pameran kesedaran alam sekitar, program pengumpulan e-waste dan pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar.