PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA KE KILANG MEMPROSES AYAM DI SERKAM, MELAKA

nursyuhada 04/09/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA KE KILANG MEMPROSES AYAM DI SERKAM, MELAKA
Tahun
2024
Organisasi
JAS MELAKA
Lokasi
KILANG MEMPROSES AYAM DI SERKAM, MELAKA

Penerangan

27 OGOS 2024, SERKAM – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka (JASNM) telah mengadakan lawatan kerja ke premis memproses ayam di Serkam, Melaka bagi memantau status pematuhan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh YBrs. En. Rosli bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka bersama pegawai JAS yang berkaitan. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk melihat status pengoperasian alat pembakaran bahan api (APB) jenis dandang (boiler) serta kecekapan Sistem Pengolahan Effluen Perindustrian (SPEP) dalam mematuhi kehendak AKAS 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan