Penerangan
18 - 22 OGOS 2024, JOHOR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terdiri daripada lima (5) Cawangan dan empat (4) Unit Penguatkuasaan telah menjalankan Ops Gempur Bil. 5/2024 bagi premis di premis seliaan Unit PYDT BT (Penguatkuasaan).
Ops Gempur ini menumpukan kepada premis yang tertakluk kepada semua Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) seperti PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009 dan PPKAS (Udara Bersih) 2014. Lima (5) premis telah dikenakan tindakan Notis Arahan dan sembilan (9) syor kompaun dikenakan diatas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuk PPKAS (Buangan Terjadual) 2005.