Penerangan
28 Ogos 2024, PORT DICKSON - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput oleh Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar (SJTJ) Port Dickson Negeri Sembilan untuk menjayakan Program Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik (E-Waste) sempena Sambutan Minggu Keselamatan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Tahun 2024. Program pengumpulan ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran berkaitan pengurusan ewaste kepada seluruh warga SJTJ.
Program ini melibatkan semua kakitangan SJTJ dimana mereka digalakkan untuk membawa buangan e-waste dari isi rumah seperti telefon bimbit, komputer riba, komputer, monitor, peti sejuk, penyaman udara dan televisyen.
Program seumpama ini amat bermanfaat kepada semua golongan bagi meningkat kesedaran mengenai pengurusan dan pelupusan e-waste serta membentuk generasi cakna alam sekitar.
JAS Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson Negeri Sembilan yang sangat komited dalam usaha penjagaan alam sekitar dan Jabatan ini amat berharap agar komitmen sebegini dapat diteladani oleh premis dan industri yang lain.
JAS Negeri Sembilan sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar di negeri ini khususnya dalam pengurusan buangan e-waste.
"E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara"
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#jasn9
#AlamSekitarTanggungjawabBersama