Penerangan
KUANTAN, 15 Ogos 2024 - Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 telah berlangsung pada 12-15 Ogos 2024 bertempat di JAS Negeri Pahang. Audit kualiti dalaman memfokuskan kepada pematuhan terhadap keperluan Standard MS ISO 9001:2015 bagi Prosedur Pemprosesan Laporan EIA, Penguatkuasaan Syarat-Syarat Kelulusan EIA dan fungsi- fungsi sokongan.
Audit kualiti dalaman JAS Negeri Pahang melibatkan EIA Negeri, serta dari Pejabat Cawangan Gebeng, Temerloh, Rompin dan Cameron Highlands yang dilaksanakan bertujuan untuk memenuhi pematuhan kepada objektif kualiti Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Penemuan audit akan diambil kira agar perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan melalui pematuhan Standard MS ISO 9001:2015.