Penerangan
KUANTAN, 24 - 25 JULAI 2024 – Ops Gempur Zon Timur 2024 diperkuatkan lagi dengan penglibatan JAS Negeri Terengganu dan JAS Negeri Kelantan dengan melibatkan seramai 16 orang anggota penguatkuasa. Ops ini dijalankan selama dua (2) hari ke atas premis-premis di sekitar kawasan Kuantan, Pekan dan Temerloh.
Pada sesi taklimat operasi dan pelepasan (Flag Off) anggota Ops Gempur yang diadakan di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuantan, Pengarah JAS Negeri Pahang; Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob mengalukan kedatangan anggota penguatkuasa dan mengucapkan terima kasih pada yang terlibat atas komitmen yang telah diberikan serta berharap operasi sebegini dapat diteruskan bagi memantau pematuhan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.