PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

OPS BERSEPADU MEMBANTERAS KILANG HARAM PEMPROSESAN TAYAR TERPAKAI

aminuddin 30/08/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BERSEPADU MEMBANTERAS KILANG HARAM PEMPROSESAN TAYAR TERPAKAI
Tahun
2024

Penerangan

PEKAN, 19 Julai 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang terlibat bersama dalam satu operasi bersepadu di premis kilang haram pemprosesan tayar melalui kaedah peleburan “pyrolisis” di Kampung Sijar, Mukim Penyur; Daerah Pekan, Pahang Darul Makmur pada 18 Julai 2024. Operasi bersepadu ini diketuai oleh En. Mohd Fakhrul Akhmal bin Mohamed, Ahli Majlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perundangan dan Penguatkuasaan; Majlis Perbandaran Pekan turut disertai oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Pekan dan Polis Diraja Malaysia Daerah Pekan. Tujuan operasi bersepadu ini dijalankan adalah bagi mendapatkan perintah meroboh bangunan daripada Majlis Perbandaran Pekan, susulan aduan penduduk kampung berkenaan premis tersebut kembali beroperasi semula pada 16 Julai 2024 yang lalu.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan