Penerangan
26 Ogos 2024, Teluk Intan- JAS Negeri Perak telah dijemput oleh pihak Klinik Kesihatan Hilir Perak untuk menyampaikan taklimat Pengurusan Buangan Terjadual (Sisa Makmal dan Sisa Klinikal) sempena Kursus Pengurusan Bahan Kimia & Sisa Klinikal Makmal Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak, 2024. Taklimat disampaikan oleh En Harmanisham bin Ishak dan turut bersama En Muhammad Ridzuan bin Mohd Alias.
Peserta terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran, Pen. Peg. Farmasi dan Juruteknologi Makmal. Topik taklimat merangkumi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling( Buangan Terjadual) 2005, Garis Panduan Pengurusan Sisa Makmal, pemahaman undang- undang dalam pengurusan buangan terjadual dan perkongsian pengalaman.
Selain taklimat, turut diselitkan kuiz alam sekitar. Objektif taklimat adalah untuk meningkatkan pemahaman peranan pengeluar buangan dan kontraktor dalam pengurusan buangan, pematuhan undang- undang alam sekitar, platform latihan berterusan dan mewujudkan jaringan perkongsian maklumat antara JAS dan KK khususnya Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_ogos2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari