Penerangan
24 Ogos 2024, Ipoh - Sekitar pameran-pameran di Program Karnival Kimia Malaysia Ke-5 (K2M) Peringkat Negeri Perak anjuran Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Perak dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN). Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dijemput sebagai salah satu pempamer dan program ini menyasarkan kepada murid sekolah menengah dan pra universiti ( tingkatan 6, A-Level, Matrikulasi dan Asasi.
Jabatan telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi menarik pengunjung iaitu penggunaan Virtual Reality (VR) bagi menjawab soalan-soalan kuiz, permainan-permainan menarik, pameran bergambar pencemaran alam sekitar dan pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS).
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_ogos2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari