Penerangan
23 Ogos 2024, Khamis- Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menerima jemputan sebagai penceramah webinar dengan Tajuk Hubungan antara Kesihatan Manusia dan Persekitaran. Webinar Pengenalan Kepada One Health Approach adalah anjuran Cawangan Survelan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pegawai epidemiologi dan alam sekitar mengenai keterhubungan antara kesihatan manusia, kesihatan haiwan dan kesihatan alam sekitar.
Peserta webinar ini terdiri daripada Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Perubatan, Pegawai Kesihatan Persekitaran serta Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari hospital seluruh negeri perak dan Pejabat Kesihatan Negeri Perak.
Jabatan Alam Sekitar mengucapkan penghargaan terima kasih atas komitmen pihak penganjur dalam melestarikan alam sekitar di kalangan warga kerja.
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_ogos2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari