Penerangan
21 Ogos 2024, Manjung – Dato’ Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBrs. Dato’ Ts. Dr. Hj. Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Muhammad Faizal Shah Bin Safian Suri di pejabat beliau.
Di dalam pertemuan tersebut, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak menyatakan hasrat jalinan kerjasama bagi menjalankan Program Hari Alam Sekitar (HASN) 2024 Peringkat Negeri Perak dan Pertandingan Anugerah Gen-Z Influencer Alam Sekitar yang bakal berlangsung di kawasan Daerah Manjung. Perbincangan perancangan dan keperluan dari segi prasarana logistik telah disambut baik oleh kedua-dua belah pihak. Semoga ukhwah yang terjalin dapat diteruskan bagi pembangunan dan kelestarian alam sekitar.
Turut hadir di dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Pengarah Kanan JAS Perak (Bahagian Operasi) iaitu Tuan Hazizi Bin Esa dan Timbalan Pengarah (Bahagian Pembangunan) Tuan Rizal Bin Ramli serta pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Pejabat Dato’ Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua MPM kerana meluangkan masa untuk kunjungan hormat tersebut dan kerjasama serta komitmen yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Manjung.
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_ogos2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari