Penerangan
27 OGOS 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah dijemput untuk menyertai Program Senamrobik, Beach Clean Up Day & Throwing Mudball anjuran Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson.
Aktiviti membersihkan kawasan pantai turut dijalankan dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran di kawasan Pantai Saujana Port Dickson.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson atas kesudian menjemput Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan untuk turut serta dalam program ini.