PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

PAMERAN ALAM SEKITAR DAN DEMONSTRASI PEMANTAUAN AIR SUNGAI SEMPENA PROGRAM KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN KECERIAAN ANJURAN JPKK KG JERAM SRI REPAH, TAMPIN NEGERI SEMBILAN

nursyadah 29/08/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN ALAM SEKITAR DAN DEMONSTRASI PEMANTAUAN AIR SUNGAI SEMPENA PROGRAM KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN KECERIAAN ANJURAN JPKK KG JERAM SRI REPAH, TAMPIN NEGERI SEMBILAN
Tahun
2024
Organisasi
JPKK Kg Jeram, Sri Repah Tampin
Lokasi
Kg Jeram, Sri Repah Tampin.

Penerangan

24 Ogos 2024, Tampin - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput untuk mengadakan pameran alam sekitar sempena Program Kesihatan, Kebersihan dan Keceriaan anjuran JPKK Kg Jeram, Sri Repah Tampin. Program ini dihadiri oleh penduduk setempat dan beberapa agensi lain antaranya Pejabat Kesihatan Kuala Pilah, SWcorp dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) . JAS Negeri Sembilan melalui Unit Kesedaran telah mengadakan pameran berkenaan kesedaran alam sekitar yang bermatlamat untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan edaran risalah yang mengandungi info kepentingan menjaga alam sekitar serta pengurusan Buangan Elektrik Dan Elektronik (E-waste) yang lestari. Selain tu, demonstrasi pemantauan air sungai menggunakan alat YSI turut dijalankan oleh pegawai JAS disungai Jeram. Pengerusi JPKK Kg. Jeram, Sri Repah, Encik Azman serta seluruh penduduk Kg. Jeram, Sri Repah Tampin telah bergotong-royong mengelolakan program dengan baik. Selain pertandingan rumah paling ceria, pertandingan 'briswalk' sejauh tiga (3) kilometer juga turut dijalankan semasa majlis dan disambut baik oleh penduduk tanpa mengira umur. Kg Sri Repah ini bakal dijadikan perkampungan yang menjadi tumpuan pelancongan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya rakit, permainan ATV, tapak perkhemahan, dan rumah angkat. JAS Negeri Sembilan sentiasa komited dalam menyokong usaha-usaha pihak komuniti di negeri ini di dalam kempen menerapkan budaya pemuliharaan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan