PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM SIFAR DARVIH ANJURAN SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHAN WA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

nursyadah 27/08/2024 5 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM SIFAR DARVIH ANJURAN SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHAN WA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Tahun
2024
Organisasi
SMJK CHAN WA, NEGERI SEMBILAN
Lokasi
SMJK CHAN WA, NEGERI SEMBILAN

Penerangan

8 Ogos 2024, Seremban- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput untuk mengadakan pameran alam sekitar sempena program Sifar Darvih. Program ini turut dihadiri oleh guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah. JAS Negeri Sembilan melalui Unit Pendidikan dan Kesedaran telah mengadakan pameran berkenaan kesedaran alam sekitar yang bermatlamat untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan edaran risalah yang mengandungi info kepentingan menjaga alam sekitar serta pengurusan Buangan Elektrik Dan Elektronik (E-waste) secara lestari. Selain itu, pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) juga dibuka bersempena dengan program ini. JAS Negeri Sembilan sentiasa komited dalam menyokong usaha-usaha pihak sekolah di negeri ini di dalam kempen menerapkan budaya pemuliharaan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan