PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Kursus

BENGKEL PEMATUHAN DAN MAJLIS PENYERAHAN LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN (MINYAK KELAPA SAWIT MENTAH) NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2024

aminuddin 29/08/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PEMATUHAN DAN MAJLIS PENYERAHAN LESEN PREMIS YANG DITETAPKAN (MINYAK KELAPA SAWIT MENTAH) NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2024
Tahun
2024
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang
Lokasi
KUANTAN

Penerangan

KUANTAN, 18 Julai 2024 - Bengkel Pematuhan dan Majlis Penyerahan Lesen Premis Yang Ditetapkan (Kilang Kelapa Sawit) di Negeri Pahang sesi 2024 telah berlangsung pada 17 Julai 2024 di Zenith Hotel Kuantan. Perasmian dan penyerahan lesen telah disampaikan oleh Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pematuhan serta komitmen di kalangan premis melalui perkongsian berkenaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Pindaan 2024, pemantapan pengurusan sistem pengolahan efluen bagi kilang kelapa sawit dan pematuhan audit alam sekitar ke arah kelestarian alam sekitar. Program ini telah dihadiri oleh 130 orang peserta dan sejumlah 70 buah premis yang ditetapkan bagi Kilang Kelapa Sawit di Negeri Pahang yang dilesenkan dan diperbaharui dibawah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Diharapkan peserta program mendapat informasi serta kefahaman yang jelas mengenai keperluan Jabatan dalam memperkasakan pematuhan dan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke arah memelihara dan memulihara alam sekitar. #NRES

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan