PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan,Kes-kes Alam Sekitar

KENYATAAN MEDIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG

aminuddin 29/08/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KENYATAAN MEDIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG
Tahun
2024
Organisasi
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG
Lokasi
KUANTAN

Penerangan

SIASATAN KES KEJADIAN IKAN MATI DI TASIK TAMAN BANDAR DAN PARIT KAMPUNG JAWA, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR 9 JULAI 2024, KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan siasatan pada 8 dan 9 Julai 2024 susulan insiden ikan mati di tasik Taman Bandar dan parit Kampung Jawa, Kuantan yang turut mendapat liputan meluas di media sosial. Hasil siasatan mendapati ikan-ikan yang mati terdiri daripada spesis lampam dan tilapia di kedua-dua lokasi. Pengujian "in-situ" di kedua-dua lokasi aduan mendapati kadar Oksigen Terlarut (Dissolved Oxygen, DO) adalah di bawah 1.0 mg/L dan rendah berbanding julat normal bagi kehidupan akuatik iaitu 4.0 - 6.0 mg/L. Kadar Oksigen Terlarut yang rendah ini disyaki faktor utama yang menyebabkan kematian ikan. JAS turut memeriksa bahagian hulu lokasi aduan bagi mengenalpasti punca-punca pencemaran yang berpotensi dalam lingkungan 2 KM jejari daripada lokasi ikan mati ditemui. Kategori kawasan yang diperiksa melibatkan longkang dan saliran air di kawasan perniagaan komersial, pasar dan perumahan. Semasa siasatan, sebanyak tiga (3) persampelan air telah dijalankan di kedua-dua lokasi aduan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa lanjut. Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti punca kejadian ikan mati tersebut. Orang ramai yang mempunyai maklumat bagi insiden ini adalah dipohon untuk tampil bagi membantu siasatan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan