Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Cawangan Peronda Lebuh Raya Sektor B1, Zon Tengah B (KESAS) Polis Diraja Malaysia telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak” di Plaza Tol Sunway (Arah Kuala Lumpur), pada 22 Ogos 2024 bermula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi.
Dalam operasi ini, sejumlah 385 buah kenderaan berenjin peteol pelbagai jenis melalui sekatan jalan raya di sepanjang tempoh operasi. Dari jumlah tersebut, sebanyak 14 buah kenderaan berenjin petrol telah ditahan untuk menjalani ujian pelepasan Karbon Monoksida dan Hidrokarbon menggunakan “Gas Analyser”.
Berdasarkan ujian tersebut sebuah kenderaan berenjin petrol dikenakan tindakan Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM di bawah Seksyen 48A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.