Penerangan
14 Ogos 2024, Shah Alam - Unit Pendidikan & Pengawasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan program pengawasan kualiti air bawah tanah di dua (2) Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Shah Alam serta Bangi.
Sampel air bawah tanah yang telah diambil dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Aktiviti persampelan ini dijalankan adalah untuk memantau tahap kualiti air dari dalam tanah yang dirancang bagi tahun 2024.