PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

OPERASI STATIK BERSEPADU “OPS GERAK” UKM JAS SELANGOR BIL 17/2024 BERSAMA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (BSPT) IBU PEJABAT POLIS DAERAH KLANG UTARA, POLIS DIRAJA MALAYSIA

normuhamad 28/08/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI STATIK BERSEPADU “OPS GERAK” UKM JAS SELANGOR BIL 17/2024 BERSAMA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (BSPT) IBU PEJABAT POLIS DAERAH KLANG UTARA, POLIS DIRAJA MALAYSIA
Tahun
2024
Organisasi
Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Polis Diraja Malaysia
Lokasi
Lebuh Raya SHAPADU

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor bersama Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Polis Diraja Malaysia telah menjalankan Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak” di KM 14, Lebuh Raya SHAPADU (arah Shah Alam) pada 12 Ogos 2024 bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Dalam operasi ini, sejumlah 367 buah kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis melalui sekatan jalan raya di sepanjang tempoh operasi. Dari jumlah tersebut, sebanyak 51 buah kenderaan berenjin diesel telah ditahan untuk menjalani saringan secara visual dan diuji pelepasan asap menggunakan “Smoke Meter”. Berdasarkan ujian tersebut sebanyak 2 buah lori telah dikenakan Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM di bawah Seksyen 48A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan