Penerangan
Satu lawatan ke tapak projek ECRL di Seksyen 7, Mukim Setapak, Daerah Gombak telah diadakan pada 2 Ogos 2024. Tujuan lawatan ini adalah bagi meninjau pelaksanaan projek dan langkah-langkah kawalan pencemaran alam sekitar di tapak. Lawatan ini telah diketuai oleh Yang Berhormat EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Puan Jamaliah Binti Jamaluddin dan diiringi oleh Pengarah JAS Selangor, JPNS, LUAS, JMG serta agensi-agensi berkaitan.