PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

TAKLIMAT DAN PAMERAN BERKAITAN E-WASTE SEMPENA PROGRAM OCEAN OF HOPE OLEH PENGUSAHA PETRON LEMBAH KLANG DAN PANTAI TIMUR

zafri 27/08/2024 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAKLIMAT DAN PAMERAN BERKAITAN E-WASTE SEMPENA PROGRAM OCEAN OF HOPE OLEH PENGUSAHA PETRON LEMBAH KLANG DAN PANTAI TIMUR
Tahun
2024
Organisasi
Pengusaha Petron Lembah Klang dan Pantai Timur
Lokasi
PULAU PERHENTIAN KECIL

Penerangan

23 Ogos 2024, Besut, Terengganu – Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menyampaikan taklimat pengurusan E-waste di Malaysia dan terlibat sebagai pempamer bagi Program “Ocean of Hope” anjuran Pengusahan Petron Lembah Klang dan Pantai Timur yang merupakan salah satu Program Khidmat Masyarakat (CSR) dan telah diadakan di Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk: 1. Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar akan kepentingan menjaga kelestarian laut dan ekosistem marin. 2. Mengalakkan penyertaan aktif masyarakat dalam aktiviti – aktiviti penyelidikan, pemuliharaan, dan pembangunan berterusan di Kawasan laut berdekatan. 3. Menyokong dan membantu usaha masyarakat tempatan untuk meningkatkan ekonomi,taraf hidup, dan kesejahteraan komuniti setempat. Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah ‘beach clean-up’ dan pengumpulan ‘Household E-Waste’ bersama-sama penduduk Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil. Hasil kutipan E-Waste dianggarkan kira-kira 400 kilogram terdiri daripada pelbagai buangan elektrik dan eletronik. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bersedia memberikan komitmen penuh dalam menjayakan pelbagai akitiviti-aktiviti kesedaran alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan