Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH BIL.3/2024 OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
- Tahun
- 2024
- Organisasi
- JAS NEGERI MELAKA
- Lokasi
- di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Udang dan di JAS Cawangan Taboh Naning
Penerangan
22 Ogos 2024, MELAKA - Unit pengawasan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan program pengawasan frekuensi ke-tiga ,kualiti air tanah pada 20 Ogos 2024 bertempat di dua (2) buah stesen telaga air tanah untuk Negeri Melaka yang terletak di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Udang dan di JAS Cawangan Taboh Naning.
Program pengawasan kualiti air tanah ini dijalankan berpandukan kepada Prosedur Tetap Operasi (PTO) Program Pengawasan Kualiti Air Tanah terbitan Jabatan Alam Sekitar. Analisa kualiti air secara in-situ telah dijalankan menggunakan peralatan YSI Multi Parameter Water Quality Probe manakala beberapa percontohan sampel air telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa
#KementerianSumberAslidanKelestarianAlam
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka