Penerangan
17 Ogos 2024, Johor Bahru - JAS Negeri Melaka, Bahagian Komunikasi Strategik JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri Johor telah menyertai Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Zon Selatan sebagai pempamer di reruai Kementerian Sumber Asli & Kelestarian Alam (NRES) yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 15 hingga 17 Ogos 2024 di Dataran UTM, Johor Bahru. Sepanjang program ini berlangsung, JAS turut mengadakan aktiviti pengumpulan ewaste.
Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengadakan lawatan ke reruai NRES dan beliau turut meluangkan masa mendengar penerangan tentang pengurusan ewaste. Turut mengiringi ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood@Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo A/L Kim, Ketua Setiausaha NRES.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JasMelaka
#alamsekitartanggungjawabbersama
#MADANIRakyatZonSelatan