Penerangan
21 Ogos 2024, Kota Bharu - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan dengan sukacitanya telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Malaysian Investment Development Authority (MIDA) Kelantan hari ini. Kunjungan ini diwakili oleh Encik Wan Mohd Supian bin Wan Deris, Pengarah MIDA Kelantan, bersama Puan Norlina bt Ramli, Penolong Pengarah MIDA Kelantan.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu penting berkaitan penempatan dan pematuhan kilang-kilang di negeri Kelantan. Kerjasama yang erat antara Jabatan Alam Sekitar dan MIDA diharapkan dapat memastikan industri di negeri ini terus mematuhi standard alam sekitar yang ditetapkan, serta menyokong pembangunan yang lestari.