PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel,— Program Penguatkuasaan,— Sesi Libat Urus

LATIHAN KAWALAN TUMPAHAN MINYAK EX TIRAM VIII 2024

zafri 21/08/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LATIHAN KAWALAN TUMPAHAN MINYAK EX TIRAM VIII 2024
Tahun
2024
Organisasi
PETRONAS Carigali Sdn. Bhd., PETRONAS Penapisan (T) Sdn. Bhd dan Kertih Port Sdn. Bhd.
Lokasi
Kertih Port Sdn. Bhd, Kemaman

Penerangan

KEMAMAN, 20 OGOS 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menyertai Latihan Kawalan Tumpahan Minyak Ex Tiram VIII anjuran PETRONAS Carigali Sdn. Bhd., PETRONAS Penapisan (T) Sdn. Bhd dan Kertih Port Sdn. Bhd. bertempat di Kertih Port Sdn. Bhd., Kemaman pada 19 dan 20 Ogos 2024. JAS Terengganu diwakili oleh YBrs Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Timbalan Pengarah Operasi dan Encik Mohd Ridhuwan bin Ramli, Penolong Pengarah Kanan Unit Aduan dan Kontingensi Encik Ridhuwan bin Ramli. Turut menyertai latihan ini adalah Puan Azila binti Haji Amran dan Puan Hadijah binti Ali dari Seksyen Kontingensi Tumpahan Minyak JAS Ibu Pejabat, Putrajaya serta Encik Wan Azuan bin Wan Omar, Ketua Cawangan JAS Cawangan Kemaman. Latihan ini adalah bertujuan untuk memahirkan kakitangan PETRONAS dengan prosedur kawalan tumpahan minyak serta mengendalikan peralatan-peralatan kawalan tumpahan minyak sekiranya berlaku insiden tumpahan minyak. Jabatan Alam Sekitar amat menghargai dan menyokong penuh usaha pihak PETRONAS dalam menambahbaik dan memantapkan lagi pelan kontingensi tumpahan minyak di premis masing-masing.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan