PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Penguatkuasaan

Operasi Halangan Kenderaan Bermotor JAS Perak

maizah 22/08/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Halangan Kenderaan Bermotor JAS Perak
Tahun
2024
Organisasi
jas
Lokasi
gopeng

Penerangan

14 Ogos 2024, Gopeng - Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan Operasi Ops Gerak bagi kawalan pelepasan asap hitam dari kenderaan enjin diesel bagi memastikan pengguna jalan raya terus mematuhi peraturan lalu lintas. Operasi ini adalah dengan kerjasama agensi AADK, PDRM, JPJ dan PLUS Operasi ini dijalankan di RTC Gopeng dan fokus menguatkuasaan kawalan pelepasan adalah dari kenderaan berenjin diesel yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. JAS Perak telah menjalankan pemeriksaan meter, 11 kenderaan, pemeriksaan visual, 60 kenderaan dan telah mengeluarkan sebanyak 2 kompaun kepada pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan 2 notis Arahan Ujian Semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pemilik kenderaan yang tidak patuh. Pemilik kenderaan adalah diingatkan supaya kenderaan berkeadaan baik dan mematuhi undang-undang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. #NRES #hariozonsedunia2024 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_ogos2024 #Harialamsekitarsedunia

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan