PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / — Program Kesedaran JAS

PROGRAM PENGUMPULAN SISA E WASTE DI HAB SHELL JALAN HOSPITAL IPOH

maizah 22/08/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUMPULAN SISA E WASTE DI HAB SHELL JALAN HOSPITAL IPOH
Tahun
2024
Organisasi
Shell
Lokasi
Shell Jalan Hospital Ipoh.

Penerangan

10 Ogos 2024, Ipoh - JAS Negeri Perak telah bersama sama menjayakan aktiviti komuniti iaitu Program Pengumpulan Sisa E Waste di Hab Pengumpulan Shell Jalan Hospital Ipoh. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Fadhzlan Abdullah bin Ismail, Penolong Pengarah JAS Negeri Perak bersama sama Ahlis Majlis Encik Ng Haen Vee. Program ini turut disertai oleh Encik M Raman dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Encik Edward Ponniah dari Edsha Solutions Sdn Bhd, Encik Encik Bahakhi Pengarah Urusan Bahakhi Petromart dan wakil dari Shell Wilayah. Antara aktiviti yang turut diadakan adalah zumba komuniti, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah. Jabatan Alam Sekitar menyeru supaya orang ramai supaya cakna dan akur pada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Jabatan turut berharap agar setiap lapisan masyarakat agar dapat bersama sama bagi menjaga kelestarian alam sekitar supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. #NRES #hariozonsedunia2024 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_ogos2024 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan