Penerangan
31/07/2024, IPOH - Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak, YBhg. Dato’ Ts. Dr Hj Mohammad Ezanni bin Mat Salleh telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perak, KOL. (PA) Rohaizat Bin Hadli di Pejabat Pengarah APM Perak bagi membincangkan peluang kerjasama antara kedua-dua agensi dalam membendung isu pencemaran alam sekitar di Negeri Perak. Perbincangan merangkumi isu-isu pencemaran dan bertukar pandangan tentang bidang tugas kedua-dua agensi. Adalah diharap kerjasama yang akan dijalinkan mampu mengurangkan kes pencemaran alam sekitar dan menghasilkan kualiti hidup yang lebih baik untuk dinikmati oleh seluruh masyarakat di Negeri Perak. Turut hadir di dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Pengarah JAS Perak (Bahagian Operasi) dan Timbalan Pengarah Pengurusan APM Perak.
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_julai2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari