PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN DAN PEMANTAUAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TUMPAHAN SUSU GETAH DARIPADA LORI OLEH JAS NEGERI KEDAH

4dm1n@d03 30/07/2024 4 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN DAN PEMANTAUAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TUMPAHAN SUSU GETAH DARIPADA LORI OLEH JAS NEGERI KEDAH
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
30/07/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

10 Julai 2024 - Daerah Alor Setar, Kedah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah komited menjalankan siasatan aduan dan pemantauan kerja-kerja pembersihan tumpahan susu getah daripada lori yang mengalami kemalangan di Hutan Kampung pada 29 Jun 2024 yang lepas. Susu getah telah tumpah sepenuhnya daripada lori yang dianggarkan dalam 40,000 liter telah mengalir ke parit berdekatan. Tindakan segera semasa kejadian berlaku telah diambil oleh pihak JAS, PLUS dan PROPEL dengan meletakkan beg guni pasir/tanah di kiri dan kanan perparitan supaya susu getah tersebut tidak merebak dan mencemarkan kawasan sekitar. Tindakan penguatkuasaan juga telah diambil oleh JAS Negeri Kedah dengan mengeluarkan Notis Arahan dibawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada syarikat pemilik lori supaya melantik kontraktor dengan kadar segera bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan. Operasi pembersihan di kawasan tumpahan lori, tali air, kawasan bendang dan perparitan sekitar yang dijalankan bermula jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari oleh pihak kontraktor dari 31 Jun 2024 telah selesai sepenuhnya pada 08 Julai 2024 dengan pemantauan oleh pegawai penguatkuasa JAS Negeri Kedah. Keseluruhannya, kira-kira 88,000 liter susu getah bercampur air telah disedut dan dibersihkan daripada kawasan tumpahan dan kawasan yang tercemar. Jabatan ini amat komited dalam meneruskan penguatkuasaan dan pemantauan alam sekitar bagi memastikan kualiti alam sekitar tidak terjejas demi kesejahteraan rakyat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan