PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN BERSAMA PASUKAN TRAFIK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) BUKIT AMAN DAN AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK)

4dm1n@d03 29/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN BERSAMA PASUKAN TRAFIK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) BUKIT AMAN DAN AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/07/2024
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

25 Julai 2024, SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan bersama Pasukan Trafik (PDRM) Bukit Aman dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah menjalankan operasi melalui OPS BERSEPADU bagi penguatkuasaan pelepasan asap hitam. Operasi telah dijalankan di Susur Keluar Plaza Tol Senawang yang telah disertai oleh lapan (6) pegawai penguatkuasa dari JAS Negeri Sembilan. 50 buah kenderaan berenjin diesel menjalani pemerhatian secara visual, 9 buah kenderaan berenjin diesel telah diuji tahap pelepasan asap hitam daripada ekzos dan hasil ujian ini. Terdapat satu (1) kenderaan berenjin diesel yang gagal mematuhi Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 semasa operasi tersebut. Notis arahan dibawah seksyen 31 dan seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan terhadap pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam yang melebihi had ditetapkan. JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Trafik (PDRM) Bukit Aman atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini. #NRES #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan