19 JULAI 2024, KULIM – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kulim telah mengadakan Ops Gempur yang menyasarkan premis sembelihan ayam di daerah Kulim, Kedah.
Ops Gempur ini telah dijalankan pada jam 12.00 tengah malam dan berakhir pada jam 4.00 pagi yang diketuai oleh JAS Cawangan Kulim bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Perbandaran Kulim, Kedah (MPKK) dan juga pegawai-pegawai penguatkuasa Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) yang turut melibatkan keseluruhan 17 anggota penguatkuasa daripada JAS Kedah termasuk JAS Cawangan Kulim dan Jabatan dan Agensi yang turut serta dalam Ops Gempur ini.
Sebanyak tiga (3) premis sembelihan ayam telah diperiksa dan sebanyak 2 percontohan sampel efluen perindustrian telah di ambil dari premis yang diperiksa dan dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang. Kes disiasat di bawah Seksyen 25(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).) Sekiranya disabitkan dengan kesalahan seksyen ini, premis boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit (RM 50,000.00) dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit (RM 10,000,000.00).
Orang ramai juga digesa untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke
[email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my