Penerangan
16 Julai 2024, Langkawi
Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab Pengarah JAS Negeri Kedah dan pegawai - pegawai kanan JAS Ibu pejabat dan JAS Negeri Kedah telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sambutan Hari Alam Sekitar (HASN) Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 seusai kunjungan kerja ke Pejabat Pegawai Daerah Langkawi.
Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Langkawi yang dipengerusikan oleh Encik Zulkifli bin Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Langkawi.
Mesyuarat membincangkan penyelarasan program dan persediaan aktiviti supaya penganjuran HASN 2024 di Langkawi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis Perasmian HASN 2024 dijangka akan diadakan pada 21 Oktober 2024, dan Karnival Alam Sekitar akan diadakan pada 19 dan 20 Oktober di Langkawi.
Antara agensi yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut ialah Bahagian Perancang Ekonomi (BPEN) Negeri Kedah, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
JAS Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam penyelarasan gerak kerja tersebut bagi memastikan pelaksanaan HASN 2024 di Negeri Kedah dapat direalisasikan.