PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Rondaan Mencegah Pencemaran & Pembakaran Terbuka Di Daerah Kulim dan Baling, Kedah

4dm1n@d03 29/07/2024 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Rondaan Mencegah Pencemaran & Pembakaran Terbuka Di Daerah Kulim dan Baling, Kedah
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/07/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

30 Jun 2024 - Kulim, Kedah Pada hari cuti umum, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kulim telah mengerakkan pasukan rondaan melakukan rondaan mencegah pencemaran alam sekitar serta pembakaran terbuka. Rondaan dijalankan di laluan jalan Kulim- Mahang - Taman Mutiara - Labu Besar Kuala Ketil- Padang Meha- Taman Industri Makmur- Taman Industri Sepakat- Taman Industri Saujana - Kulim Hi Tech. Lokasi pemantauan pembakaran terbuka tertumpu di kawasasan industri, perumahan dan pertanian. Berdasarkan pemerhatian visual adalah didapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang dikesan. Walaubagaimanapun, pihak Jabatan Alam Sekitar akan meneruskan pemantauan larangan pembakaran terbuka ini dari semasa ke semasa. Rondaan turut dilakukan di kawasan industri Taman Industri Sepakat seterusnya ke kawasan industri Taman Makmur. Hasil dari pemantauan tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka mahupun pencemaran dikesan. Orang ramai adalah dinasihatkan untuk terus bersama-sama pihak Jabatan Alam Sekitar untuk terus memelihara dan memulihara alam sekitar demi kelestarian alam sekitar. Sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar boleh disalurkan ke talian bebas tol 1-800-88-2727.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan