PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH BERSAMA PDRM DAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

4dm1n@d03 29/07/2024 3 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH BERSAMA PDRM DAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/07/2024
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

27 Jun 2024 - Daerah Sungai Petani Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menjalankan Operasi Gempur Bersepadu bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan melakukan serbuan di sebuah premis yang disyaki menjalankan aktiviti memproses kembali buangan e-waste secara haram di daerah Sungai Petani. Operasi yang bermula jam 9.30 pagi melibatkan 5 pasukan dengan kekuatan anggota seramai 28 orang penguatkuasa JAS, 13 orang pegawai penguatkuasa Imigresen dan 5 orang pegawai Polis dari Cawangan Khas, IPK Kedah. Hasil serbuan menemukan sebanyak 350 metrik tan buangan e-waste dan telah disita untuk tindakan lanjut. Premis tersebut telah dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dibawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 18(1), Seksyen 34A(1) dan Seksyen 34B(1) akta yang sama. Jabatan Imigresen turut menahan 10 orang warga asing atas pelbagai kesalahan dibawah Akta Imigresen. Jabatan ini amat komited dalam meneruskan penguatkuasaan dan pemantauan alam sekitar bagi memastikan kualiti alam sekitar tidak terjejas demi kesejahteraan rakyat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan