Penerangan
24 Jun 2024 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat membincangkan potensi pelaburan bagi cadangan pembangunan berkonsepkan teknologi hijau bagi kawasan industri di negeri Kedah. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Encik Mohd Nazri bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) JAS Kedah, T.s Haji Mohd Faizal bin Abdul Jalil, Ketua Cawangan JAS Kulim dan Encik Mohamad Najmi bin Mohamad Rasidi, Penolong Pengarah (Pembangunan) JAS Kedah.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dr. Haim Hilman bin Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah. Turut hadir mesyuarat adalah Pengurus Besar Invest Kedah, Noor Ikhsan bin Abdul Aziz serta delegasi Persatuan Industri Perlindungan Alam Sekitar China (CAEPSI), Wuhan City Environmental Protection Agency dan Kunming University of Science & Technology.
Mesyuarat berfokus kepada cadangan melaksanakan projek pembangunan di Negeri Kedah bersama pelabur- pelabur luar yang berminat untuk mengembangkan operasi dan mewujudkan industri berkonsepkan teknologi hijau dalam pengurusan sisa industri.
JAS Kedah berperanan memberi nasihat teknikal dalam memastikan halatuju pengembangan industri yang sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Jabatan Alam Sekitar sentiasa bersedia memberikan pandangan dan cadangan dalam memastikan pembangunan dijalankan secara holistik dan bertanggungjawab tanpa mengorbankan alam sekitar.