Penerangan
Bengkel Pembangunan Program Pemutihan Kawasan Perindustrian Negeri Kedah telah berlansung pada 20-22 Jun, bertempat di Hotel The Light, Pulau Pinang. Bengkel ini telah anjurkan dibawah portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Program ini telah dirasmikan oleh YB Prof. Dr. Haim Hilman bin Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi). Bengkel ini turut dihadiri oleh Pengarah JAS Kedah, Puan Sharifah Zakiah Syed Sahab serta pegawai-pegawai JAS Kedah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Invest Kedah Berhad.
Sekitar 30 peserta telah menyertai bengkel ini. Pembentangan status, isu semasa dan cadangan telah dibentangkan oleh wakil Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Kubang Pasu serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk merancang dan memudahcara pihak industri bagi menjalani proses pemutihan yang melibatkan kelulusan-kelulusan agensi yang berkaitan di samping mengenalpasti permasalahan ketidakpatuhan peraturan dan cadangan penyelesaian. Turut dibincangkan adalah cadangan semua agensi-agensi terlibat ke arah pemutihan industri haram/ tiada kelulusan di dalam negeri Kedah. Strategi-strategi bersesuaian juga ducadangkan bagi mensasarkan pemutihan kilang haram sehingga Disember 2025.
Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan pematuhan industri di negeri Kedah, memastikan pembangunan berlangsung secara lestari serta mengelakkan ketirisan hasil negeri.