Penerangan
25 JULAI 2024, KANGAR - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menerima undangan daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi menjayakan Seminar Amalan Kelestarian Pengurusan Sisa Pepejal dan Sisa elektronik (e-waste) dalam usaha meningkatkan kesedaran dan ilmu pengetahuan di kalangan rumah ibadah,sekolah dan warga institut tersebut.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah pameran dan ceramah berkaitan pengurusan e-waste yang memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara-cara pengurusan dan pelupusan e-waste mengikut perundangan serta impak negatif kepada alam sekitar sekiranya buangan e-waste tersebut gagal diuruskan dengan baik. Antara perkara penting yang diketengahkan semasa program ini adalah buangan e-waste merupakan buangan terjadual SW110 yang mesti dilupuskan di premis-premis yang dilesenkan oleh JAS.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Center of Sustainable Campus and Energy Management, UniMAP di atas kerjasama yang diberikan dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan kelestarian alam sekitar Negeri Perlis terus terpelihara untuk generasi akan datang.
JAS Perlis sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak dalam usaha melestarikan alam sekitar di negeri ini khususnya dalam pengurusan buangan e-waste.
"E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara"
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_JULAI2024
#coscem_unimap