24 Julai 2024, Kampar - Majlis Daerah Kampar telah menerima OSH Award Tahun 2018 kategori Perkhidmatan Awam / Pihak Berkuasa Tempatan merupakan satu pengiktirafan dan motivasi kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (KKP) JAS Negeri Perak. Kunjungan deligasi JAS Negeri Perak adalah seramai 9 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan JAS Negeri Perak, Ketua Cawangan dan Ketua Unit manakala Majlis Daerah Kampar terdiri daripada Pn Setiausaha MDKpr, Setiausaha dan Biro-Biro JKKP MDKpr.
Objektif lawatan ini adalah:
- Untuk memberikan pendedahan lapangan dan secara dekat bagaimana elemen KKP diterapkan dan dibudayakan di MDKpr yang mendapat OSH Award untuk diteliti dan praktik di JAS Negeri Perak;
- Merupakan platform komunikasi dua hala pasukan KKP JASNP dengan pasukan KKP MDKpr dan meneliti bagaimana perancangan KKP MDKpr dibuat dan dijayakan;
iii. Meneliti elemen-elemen khas yang diwujudkan dan dilaksanakan oleh MDKpr yang memberi impak KKP terbaik kepada organisasi dan menyebabkan mereka mendapat pengiktirafan OSH Award;
- Sebagai platform pembelajaran berterusan dan jaringan pintar dalam aspek KKP;
Pengisian lawatan ini adalah taklimat berkaitan Pengurusan KKP MDKpr, perkongsian pengurusan KKP JAS Negeri Perak, semakan fail-fail KKP MDKpr dan lawatan ke stor unit vektor. Semoga jalinan kerjasama antara dua pihak berterusan untuk manfaat yang lebih baik kepada semua pekerja.
#NRES
#hariozonsedunia2024
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_julai2024
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari