Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (E-WASTE) DENGAN KERJASAMA MAJLIS DAERAH TAMPIN DAN EGA RECYCLING SDN. BHD.
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 26/07/2024
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
- Lokasi
- Negeri Sembilan
Penerangan
24 Julai 2024, Tampin - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Daerah Tampin dan Rakan Strategik iaitu Ega Recycling Sdn Bhd telah menganjurkan program Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik Isi Rumah (Household E-waste) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 yang bertempat di Dataran Gemencheh, Negeri Sembilan.
Program bermula pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari telah mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat setempat.
JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berbentuk kesedaran alam sekitar dan menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Jom hantar e-waste ke tempat pengumpulan yang berdaftar. Layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my/ atau muat turun aplikasi 'MyEwaste' untuk mengetahui tempat pengumpulan yang terdekat.
"E-waste Dikitar Bumi Terpelihara"
"Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama