PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel|Pengurusan JAS

SEMINAR MOTIVASI : KETERAMPILAN DAN ETIKA PEGAWAI AWAM PERINGKAT JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

arwan 26/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR MOTIVASI : KETERAMPILAN DAN ETIKA PEGAWAI AWAM PERINGKAT JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/07/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

15 JULAI 2024, WP KUALA LUMPUR- Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  telah mengadakan Seminar Motivasi: Keterampilan Dan Etika Pegawai Awam kepada seluruh warganya bertempat di Chatterbox, Taman Teknologi MRANTI. Seminar ini dikendalikan oleh Puan Kogilavani Elawarise, Pegawai Psikologi Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Kuala Lumpur. Pengisian seminar berbentuk ceramah dan aktiviti berkumpulan adalah bagi memantapkan kerohanian semua pegawai dan melahirkan pegawai yang mengetahui kesan langsung keterampilan dan etika kerja terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana mereka bekerja. Aktiviti berkumpulan seperti Aktiviti Kenali Rakan Sekerja dan Aktiviti Patuh Arahan Dan Masa diharapkan dapat meningkatkan kebertanggungjawapan, semangat kerja berpasukan dan motivasi di kalangan pegawai untuk melihat sasaran kerja Jabatan tercapai. JAS WPKL mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan