PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI PERBINCANGAN JAWATANKUASA TINDAKAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN

arwan 26/07/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI PERBINCANGAN JAWATANKUASA TINDAKAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/07/2024
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
Kuala Lumpur

Penerangan

12 JULAI 2024, W.P. PUTRAJAYA- YBrs. Puan Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) bersama-sama pegawai kanan Jabatan telah menghadiri satu sesi perbincangan di Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP). Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Zakiah Syerina Balqis binti Taha daripada Bahagian Perbandaran dan Khidmat Teknikal, Jabatan Wilayah Persekutuan bagi memperhalusi Terma Rujukan (TOR) Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar (JTAS) Wilayah Persekutuan. Jawatankuasa ini bertujuan untuk membincangkan gerak kerja dan halatuju berkaitan isu alam sekitar dan hebahan berkaitan kesedaran (Communication, Education and Public Awareness-CEPA) di Wilayah Persekutuan. Penubuhan Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar (JTAS) ini  akan menjadi platform terbaik dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Wilayah Persekutuan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan